Labels

Sunday, February 27, 2011

bismillah..

ni penyakit aku yang paling susah skali nk tinggal mse kt mne2 pon..tdo lps subuh.bangun je trus lunch.haha.aduh..mcm mana lah rezeki nk murah..salu je bce hadith nabi cakap kalau tdo lps subuh ni mewarisi kepapaan.tp still bt jgk bnde yang sme.even cls stat pkul 8 pon stil nk tdo gak lps subuh.emm..naseb baek la x pakej skali ngan salu tdo lps asar klu x mewarisi kepapaan plus la dgn kegilaan.haha...Memang orng yang tdo lps asar ni bila bgn otak die mcm dah gila sikit..huhu pnh kot skali 2 aku tdo lps asar bgn 2 ase cm dah subuh..tp plik la kan pesal adik2 aku bgn awl gler...haha padaha; baru kul 7 mlm je...isk3...btw,aku cbe gak la nk buang tabiat ini..Iallah,moga Allah kuatkan :)

Tuesday, February 22, 2011

MARILAH KITA BUAT PERSIAPAN UNTUK BALIK ‘KAMPUNG’

Setiap diri kita berhajat untuk mendapat kebahagiaan. Malah kita diciptakan oleh Allah SWT untuk menikmati kebahagiaan. Kita dituntut oleh Allah SWT supaya mengejar kebahagiaan. Memperoleh kebahagiaan adalah misi hidup kita. Penderitaan dan kesiksaan yang paling berat adalah terhalang dari mendapat kebahagiaan ini. Justeru, kita perlu pastikan bahawa aktiviti-aktiviti kehidupan kita mestilah berkaitan dengan kebahagiaan dan menuju kebahagiaan ini.

Salah satu perkara yang membahagiakan kita di dunia ini adalah dapat ‘balik kampung’. Kampung ini mungkin kampung ibu bapa atau nenek moyang kita.

Apabila kita meninggalkan kampung ini dengan sebab-sebab tertentu, kita sentiasa ingin kembali ke tempat asal ini kerana kita merasakan kebahagiaan berada di kampung dan akan berusaha untuk balik semula ke kampung. Setiap peluang akan digunakan untuk balik kampung. Kecintaan dan kerinduan kepada kampung ini menyebabkan kita selalu membuat persiapan agar usaha balik kampung ini tidak tergendala. Alangkah sedihnya kawan-kawan kita, disebabkan faktor-faktor tertentu tidak dapat balik kampung.

Anak-anak yang dimuliakan Allah SWT.

Kampung kita yang sebenarnya adalah SYURGA. Syurga adalah tempat asal kita dan syurga dicipta oleh Allah SWT sebagai tempat mendapat kebahagiaan yang hakiki. Segala kebahagiaan yang dinikmati oleh manusia tidak akan bermakna sekiranya kita tidak mendapat kebahagiaan di syurga ini.

Kita mesti berusaha sedaya upaya. Memerah segala keringat dan membelanja apa yang kita miliki untuk sampai di sana. Kenapa? Ini adalah kerana segala bentuk kebahagiaan tidak akan ada ertinya kalau kita tidak menjejakkan kaki di kampung yang dirindui. Di kampung inilah kebahagiaan yang sebenar. Di kampung inilah akan dinikmati segala kebahagiaan dan ketenangan.

Kita telah dipisahkan dari kampung kita ini tetapi Allah SWT berjanji bahawa Allah SWT akan membenarkan kita kembali dengan syarat. Apakah syaratnya? Kita mestilah mentaati Allah SWT dalam segala perkara. Syarat ini kelihatan mudah tetapi sebenarnya harga balik kampung ini sangat mahal. Hanya mereka yang dikurniakan himmah yang tinggi dan iradah yang kuat sahaja akan melangkah masuk ke kampung ini nanti.

Kenapa kita mesti berusaha untuk sampai ke kampung ini. Ini adalah kerana di sana sahajalah kebahagiaan. Tempat alternatif bagi kampung ini adalah keperitaan dan kesakitan yang tidak terhingga. Tempatnya adalah neraka. Kita perlu berusaha semaksimumnya untuk mengelakkan diri dari berakhir di tempat ini. Di sinilah kemuncak kesakitan dan siksaan. Tiada yang sama dengan neraka ini. Sebagaimana yang dicatatkan oleh Ibn Qayyim al jauziyah, "Allah menjadikan api neraka untuk mencairkan hati yang keras semasa di dunia".

Justeru, anak-anak yang dimuliakan Allah dan dikasihi sekalian, marilah mula dari sekarang kita membuat persiapan dan memulakan perjalanan yang panjang dan sukar untuk balik kampung. Inilah perjalanan yang paling membahagiakan walaupun sukar kerana jika kita tidak berakhir di kampung ini, kita akan sengsara selama-lamanya.

Jangan lalaikan untuk beribadat dan bermunajat di malam raya kerana di sini disunnahkan kita untuk mengumpulkan bekalan perjalanan.

Semoga Allah SWT menerima amalan kita di sepanjang Ramadhan dan mengurniakan kita taqwa. Semoga meningkat iman kita dan kesensitifan kita terhadap kehendak Allah SWT dalam hidup kita.

Maafkan ana yang sangat mengharapkan keampunan Allah dan kemaafan kalian. Kepada anak-anak abah yang sempat membaca catatan ini, abah memohon maaf dan akan berusaha untuk menjadi abah yang lebih baik di masa akan datang. Abah mencintai anak-anak abah sepenuh hati dan sangat berhajat untuk membawa anak-anak abah balik kampung. Abah tidak akan bahagia sekiranya ada di kalangan anak abah yang tercicir dan tak dapat balik kampung.

“Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasanya ketika saling berjumpa di hari Ied mereka mengucapkan: Taqabbalallahu Minna Wa Minka (Semoga Allah menerima amal ibadah saya dan amal ibadah Anda)”

Atsar ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Al Mughni (3/294), dishahihkan oleh Al Albani dalam Tamamul Minnah (354). Oleh karena itu, boleh mengamalkan ucapan ini, asalkan tidak diyakini sebagai hadits Nabi shallallahu’alaihi wa sallam.


by,akhi Rosdi

i have to change

Bismillah..

Ya Allah..saat ini aku sgt2 perlukan bantuanMu..tak sanggup lagi aku aku memikul dosa yang bertimbun..amanah yang aku kianati selama ini..i really need strength from u to be better person..i want to be real..

Thursday, February 17, 2011

Hakikat kebaikan

'Kami bukanlah ahli Syurga tapi kami mahu Syurga
menjadi tempat kami yang abadi'

Lumrah hidup manusia sememangnya mereka sentiasa mahukan kebaikan dalam hidup...namun kebaikan itu juga tetap menjadi perkara yang subjektif..masing2 mempunyai persepsi yang berbeza terhadap sesuatu perkara.Dan perkara inilah yang memberi warna kepada kehidupan alam ini.

Hakikat Kebaikan.

Era ini menyaksikan agama terpisah dari kehidupan manusia...kerana dibelengu pemikiran bahawa apa shaja yang memberi keuntungan kepada sejagat maka itu dikira kebaikan.Ada sesetengah beranggapan bahawa kedatangan islam itu memberi limitasi terhadap nilai kebaikan.

Saudara yang jujur,

Sabda Rasulullah” Kebaikan itu adalah baiknya akhlaq dan dosa itu adalah sesuatu yang bersemayam di dadamu dan kamu malu jika orang lain mengetahuinya”. Al-hadis.

Firman Allah."Tetapi kebaikan itu adalah barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhir ,para malaikat, kitab kitab dan para Nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat,anak yatim, orang orang miskin, musafir, peminta minta dan untuk memerdekakan hamba. Yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, orang2 yang menepati janji apabila berjanji dan orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan, dan pada masa peperangan, mereka itulah orang orang yang benar, dan mereka itulah orang orang yang bertaqwa”.( QS : 2 : 177)

Hadith dan ayat qur'an di atas menerangkan hakikat kebaikan.Beriman kepada Allah menjadi tiket utama atau kunci kepada satu kebaikan.Natijahnya kita akan melihat dari cantiknya akhlak dan pribadi seorang insan.Ada yang menyangkal dengan mengatakan apakah kebaikan orang yang tidak beriman langsung tiada nilai di sisi islam.Islam mengajak manusia menghargai setiap kebaikan insan yang lain namun Allah hanya memberi ganjaran kebaikan hanya kepada mereka yang beriman.Tidak dapat tidak jika kita mahukan kebaikan maka wajiblah kepada iman.

sekian.

by,aril







Friday, February 11, 2011


andai bisa ku terbang

Mahu saja aku tinggalkan dunia ini

kelak suatu hari akan musnah

bagai debu yang bertebaran

inilah dunia yang kita banggakan

di mana manusia berpijak dengan angkuh

semua ini tidak kekal

tapi inilah ujian

bagi mereka yang sentiasa beringat

andai bisa ku terbang

akan ku bawa mereka ini

pergi jauh dari dunia yang memaksa

untuk manusia tunduk dan sujud

pada kekuasaan yang fana

andai bisa ku terbang

sudah tentu syurga tempat ku tuju

tapi aku tidak tahu

adakah tempat aku di situ.