Labels

Monday, March 14, 2011

sorg jek laki.

bismillah...

mgu lepas Allah izin pergi la jgk ijtima' kt KOM walaupun mls gle nk g..(aku mmg mls pon so xyah gatw) :p.Pnjm moto fazman n sampai KOM pkul 3.15ptg.(xkan pg kot)haha..dah agak mmg aku sorg je laki kan kne dgr ceramah.Mmg salu klu ijtima' mmg akan dgr topic yang sama tp kali ini aku rase ade kelainan ckit lps dgr.agak menyentuh.

Ulasan:

Ahammiyah Assyahadatain.

Semua muslim mengetahui apa itu syahadatain.Pintu masuk kepada Ad deenul Islam.Apabila seseorang mengucap kalimah syahadah bererti dia adalah muslim.Tetapi persoalannya sejauh manakah kalimah syahadah difahami dan diamalkan dalam kehidupan masyarakat?Bagaimana pula dengan kita?

Saudara,
Kehidupan masyarakat mengambarkan pemahaman terhadap kalimah syahadah itu sendiri.Inilah kalimah yang menjadi titik tolak kepada muslim.Kalimah yang mengawal gerak geri seorang muslim.Kalimah 'Azimah.

Syed Qutb dalam sebuah kitabnya meyebut,generasi awl digambarkan sebagai 'JILUL QURAN AL FARIQ' .Mereka menerima al-Quran sepertimana pasukan tentera menerima arahan.Kuncinya adalah kalimah syahadah.Apabila turunnya ayat alquran berkaitan pengharaman arak maka Makkah ketika itu dibanjiri dgn minuman arak.Apabila sampainya saranan supaya wanita memakai purdah,maka sahabiyah2 rasul trus tertunduk malu sehingga mereka diberikan kain untuk menutupi muka.Kehebatan mereka adalah kerana penghayatan terhadap kalimah yang agung.

Suatu Hari Rasul mngumpulkan Bani Hasyim untuk menyampaikan sesuatu.Kemudian Rasul bersabda,Au kama Qal, 'Mahukan kalian aku ajarkan satu kalimah,jika kamu berpegang teguh pada kalimah ini nescaya seluruh jazirah arab akan kamu kuasai.Abu jahal mencelah,ya muhammad,jgn kan satu kalimah sepulah kalimah pun aku sanggup.Maka sabda Rasul,ucapkanlah lailahaillallah muhammad rasullullah.Sesungguhnya hakikat dakwah rasul adalah mengajarkan kalimah syahadah kepada seluruh umat.Kalimah yang akan menyelamatkan manusia,barangsiapa yang mengucap kalimah ini maka dijanjikan syurga untuknya.

Realiti,
kita mungkin mengangap kalimah ini sebagai bacaan biasa.Acap kali kita dengar.Namun kalimah ini tidak mampu memberikan impaknya yang sebenar.Sebaliknya kalimah seperti 'cinta' diagungkan.Seolah hidup ini adalah untuk meraih cinta semata.Percayalah,seandainya kita berpegang teguh pada kalimah ini nescaya kita akan menguasai keadaan.

wasalam.
-by aril :)


















Saturday, March 5, 2011

Ni aku dapat mse prgm mabit ngan sahabat2 ump...xske sgt pgl mabit sbnanye sbb nmpak pkataan 2 mggerunkan..(bole x)..bagi aku,bole pgl prgm ni cm lepak2 org muda...tp lepak org muda yang beriman la.. :) alhamdullih..selesai je bt qiam sendiri2 pastu solat subuh...ktorg dihidangkan dgn satu tazkirah pendek...agak2 dalam 10 minit kot..tp khuyuk gle dgr...tazkirah ni berkisar tentang sebab2 umat hari ini lemah.

Ulasan:
Bermulanya dakwah nabi muhammad saw,masyarakat arab ketika itu berada dalam satu zaman kegelapan jahiliyah.Umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam dan di mlm yang gelita.Hadirnya Rasullullah sebagai utusan Allah,menjelaskan kepada umat ketika itu tentang definisi Jahiliyah itu sendiri.Dengan itu, sahabat rasul sgt sensitif apabila mendgar perkataan jahiliyah yang dtg dari bibir rasul(kisah abu zar r.a mmgil bilal sebagai budak hitam).Mereka mampu merasai kemanisan beriman kerana tekad mereka untuk meruntuhkan jahiliyah.Islam tidak akan terbina di atas timbunan jahilyah sebaliknya akan tertegak di atas runtuhan jahiliyah.

Sesunguhnya zaman jahilyah telah datang kembali.Abad ke 21 telah di pilih sebagai permulaan zaman jahiliyah moden.ia lebih dasyat dan amat menakutkan.Jika pada zaman rasul jahiliyah wujud dalam bentuk penyembahan berhala di sekeliling kaabah,jahiliyah moden pula datang seperti berhala yang berada di dlm jiwa.Mereka mngatakan beriman kepada Allah tetapi hakikatnya mereka mnyekutukan Allah.Mereka mnyembah berhala yang bersarang di hati.

Saudara,
Kuatkan jiwa untuk menghadapi ujian ini.

by,aril




Sunday, February 27, 2011

bismillah..

ni penyakit aku yang paling susah skali nk tinggal mse kt mne2 pon..tdo lps subuh.bangun je trus lunch.haha.aduh..mcm mana lah rezeki nk murah..salu je bce hadith nabi cakap kalau tdo lps subuh ni mewarisi kepapaan.tp still bt jgk bnde yang sme.even cls stat pkul 8 pon stil nk tdo gak lps subuh.emm..naseb baek la x pakej skali ngan salu tdo lps asar klu x mewarisi kepapaan plus la dgn kegilaan.haha...Memang orng yang tdo lps asar ni bila bgn otak die mcm dah gila sikit..huhu pnh kot skali 2 aku tdo lps asar bgn 2 ase cm dah subuh..tp plik la kan pesal adik2 aku bgn awl gler...haha padaha; baru kul 7 mlm je...isk3...btw,aku cbe gak la nk buang tabiat ini..Iallah,moga Allah kuatkan :)

Tuesday, February 22, 2011

MARILAH KITA BUAT PERSIAPAN UNTUK BALIK ‘KAMPUNG’

Setiap diri kita berhajat untuk mendapat kebahagiaan. Malah kita diciptakan oleh Allah SWT untuk menikmati kebahagiaan. Kita dituntut oleh Allah SWT supaya mengejar kebahagiaan. Memperoleh kebahagiaan adalah misi hidup kita. Penderitaan dan kesiksaan yang paling berat adalah terhalang dari mendapat kebahagiaan ini. Justeru, kita perlu pastikan bahawa aktiviti-aktiviti kehidupan kita mestilah berkaitan dengan kebahagiaan dan menuju kebahagiaan ini.

Salah satu perkara yang membahagiakan kita di dunia ini adalah dapat ‘balik kampung’. Kampung ini mungkin kampung ibu bapa atau nenek moyang kita.

Apabila kita meninggalkan kampung ini dengan sebab-sebab tertentu, kita sentiasa ingin kembali ke tempat asal ini kerana kita merasakan kebahagiaan berada di kampung dan akan berusaha untuk balik semula ke kampung. Setiap peluang akan digunakan untuk balik kampung. Kecintaan dan kerinduan kepada kampung ini menyebabkan kita selalu membuat persiapan agar usaha balik kampung ini tidak tergendala. Alangkah sedihnya kawan-kawan kita, disebabkan faktor-faktor tertentu tidak dapat balik kampung.

Anak-anak yang dimuliakan Allah SWT.

Kampung kita yang sebenarnya adalah SYURGA. Syurga adalah tempat asal kita dan syurga dicipta oleh Allah SWT sebagai tempat mendapat kebahagiaan yang hakiki. Segala kebahagiaan yang dinikmati oleh manusia tidak akan bermakna sekiranya kita tidak mendapat kebahagiaan di syurga ini.

Kita mesti berusaha sedaya upaya. Memerah segala keringat dan membelanja apa yang kita miliki untuk sampai di sana. Kenapa? Ini adalah kerana segala bentuk kebahagiaan tidak akan ada ertinya kalau kita tidak menjejakkan kaki di kampung yang dirindui. Di kampung inilah kebahagiaan yang sebenar. Di kampung inilah akan dinikmati segala kebahagiaan dan ketenangan.

Kita telah dipisahkan dari kampung kita ini tetapi Allah SWT berjanji bahawa Allah SWT akan membenarkan kita kembali dengan syarat. Apakah syaratnya? Kita mestilah mentaati Allah SWT dalam segala perkara. Syarat ini kelihatan mudah tetapi sebenarnya harga balik kampung ini sangat mahal. Hanya mereka yang dikurniakan himmah yang tinggi dan iradah yang kuat sahaja akan melangkah masuk ke kampung ini nanti.

Kenapa kita mesti berusaha untuk sampai ke kampung ini. Ini adalah kerana di sana sahajalah kebahagiaan. Tempat alternatif bagi kampung ini adalah keperitaan dan kesakitan yang tidak terhingga. Tempatnya adalah neraka. Kita perlu berusaha semaksimumnya untuk mengelakkan diri dari berakhir di tempat ini. Di sinilah kemuncak kesakitan dan siksaan. Tiada yang sama dengan neraka ini. Sebagaimana yang dicatatkan oleh Ibn Qayyim al jauziyah, "Allah menjadikan api neraka untuk mencairkan hati yang keras semasa di dunia".

Justeru, anak-anak yang dimuliakan Allah dan dikasihi sekalian, marilah mula dari sekarang kita membuat persiapan dan memulakan perjalanan yang panjang dan sukar untuk balik kampung. Inilah perjalanan yang paling membahagiakan walaupun sukar kerana jika kita tidak berakhir di kampung ini, kita akan sengsara selama-lamanya.

Jangan lalaikan untuk beribadat dan bermunajat di malam raya kerana di sini disunnahkan kita untuk mengumpulkan bekalan perjalanan.

Semoga Allah SWT menerima amalan kita di sepanjang Ramadhan dan mengurniakan kita taqwa. Semoga meningkat iman kita dan kesensitifan kita terhadap kehendak Allah SWT dalam hidup kita.

Maafkan ana yang sangat mengharapkan keampunan Allah dan kemaafan kalian. Kepada anak-anak abah yang sempat membaca catatan ini, abah memohon maaf dan akan berusaha untuk menjadi abah yang lebih baik di masa akan datang. Abah mencintai anak-anak abah sepenuh hati dan sangat berhajat untuk membawa anak-anak abah balik kampung. Abah tidak akan bahagia sekiranya ada di kalangan anak abah yang tercicir dan tak dapat balik kampung.

“Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasanya ketika saling berjumpa di hari Ied mereka mengucapkan: Taqabbalallahu Minna Wa Minka (Semoga Allah menerima amal ibadah saya dan amal ibadah Anda)”

Atsar ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Al Mughni (3/294), dishahihkan oleh Al Albani dalam Tamamul Minnah (354). Oleh karena itu, boleh mengamalkan ucapan ini, asalkan tidak diyakini sebagai hadits Nabi shallallahu’alaihi wa sallam.


by,akhi Rosdi

i have to change

Bismillah..

Ya Allah..saat ini aku sgt2 perlukan bantuanMu..tak sanggup lagi aku aku memikul dosa yang bertimbun..amanah yang aku kianati selama ini..i really need strength from u to be better person..i want to be real..

Thursday, February 17, 2011

Hakikat kebaikan

'Kami bukanlah ahli Syurga tapi kami mahu Syurga
menjadi tempat kami yang abadi'

Lumrah hidup manusia sememangnya mereka sentiasa mahukan kebaikan dalam hidup...namun kebaikan itu juga tetap menjadi perkara yang subjektif..masing2 mempunyai persepsi yang berbeza terhadap sesuatu perkara.Dan perkara inilah yang memberi warna kepada kehidupan alam ini.

Hakikat Kebaikan.

Era ini menyaksikan agama terpisah dari kehidupan manusia...kerana dibelengu pemikiran bahawa apa shaja yang memberi keuntungan kepada sejagat maka itu dikira kebaikan.Ada sesetengah beranggapan bahawa kedatangan islam itu memberi limitasi terhadap nilai kebaikan.

Saudara yang jujur,

Sabda Rasulullah” Kebaikan itu adalah baiknya akhlaq dan dosa itu adalah sesuatu yang bersemayam di dadamu dan kamu malu jika orang lain mengetahuinya”. Al-hadis.

Firman Allah."Tetapi kebaikan itu adalah barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhir ,para malaikat, kitab kitab dan para Nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat,anak yatim, orang orang miskin, musafir, peminta minta dan untuk memerdekakan hamba. Yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, orang2 yang menepati janji apabila berjanji dan orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan, dan pada masa peperangan, mereka itulah orang orang yang benar, dan mereka itulah orang orang yang bertaqwa”.( QS : 2 : 177)

Hadith dan ayat qur'an di atas menerangkan hakikat kebaikan.Beriman kepada Allah menjadi tiket utama atau kunci kepada satu kebaikan.Natijahnya kita akan melihat dari cantiknya akhlak dan pribadi seorang insan.Ada yang menyangkal dengan mengatakan apakah kebaikan orang yang tidak beriman langsung tiada nilai di sisi islam.Islam mengajak manusia menghargai setiap kebaikan insan yang lain namun Allah hanya memberi ganjaran kebaikan hanya kepada mereka yang beriman.Tidak dapat tidak jika kita mahukan kebaikan maka wajiblah kepada iman.

sekian.

by,aril







Friday, February 11, 2011


andai bisa ku terbang

Mahu saja aku tinggalkan dunia ini

kelak suatu hari akan musnah

bagai debu yang bertebaran

inilah dunia yang kita banggakan

di mana manusia berpijak dengan angkuh

semua ini tidak kekal

tapi inilah ujian

bagi mereka yang sentiasa beringat

andai bisa ku terbang

akan ku bawa mereka ini

pergi jauh dari dunia yang memaksa

untuk manusia tunduk dan sujud

pada kekuasaan yang fana

andai bisa ku terbang

sudah tentu syurga tempat ku tuju

tapi aku tidak tahu

adakah tempat aku di situ.