Labels

Saturday, March 5, 2011

Ni aku dapat mse prgm mabit ngan sahabat2 ump...xske sgt pgl mabit sbnanye sbb nmpak pkataan 2 mggerunkan..(bole x)..bagi aku,bole pgl prgm ni cm lepak2 org muda...tp lepak org muda yang beriman la.. :) alhamdullih..selesai je bt qiam sendiri2 pastu solat subuh...ktorg dihidangkan dgn satu tazkirah pendek...agak2 dalam 10 minit kot..tp khuyuk gle dgr...tazkirah ni berkisar tentang sebab2 umat hari ini lemah.

Ulasan:
Bermulanya dakwah nabi muhammad saw,masyarakat arab ketika itu berada dalam satu zaman kegelapan jahiliyah.Umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam dan di mlm yang gelita.Hadirnya Rasullullah sebagai utusan Allah,menjelaskan kepada umat ketika itu tentang definisi Jahiliyah itu sendiri.Dengan itu, sahabat rasul sgt sensitif apabila mendgar perkataan jahiliyah yang dtg dari bibir rasul(kisah abu zar r.a mmgil bilal sebagai budak hitam).Mereka mampu merasai kemanisan beriman kerana tekad mereka untuk meruntuhkan jahiliyah.Islam tidak akan terbina di atas timbunan jahilyah sebaliknya akan tertegak di atas runtuhan jahiliyah.

Sesunguhnya zaman jahilyah telah datang kembali.Abad ke 21 telah di pilih sebagai permulaan zaman jahiliyah moden.ia lebih dasyat dan amat menakutkan.Jika pada zaman rasul jahiliyah wujud dalam bentuk penyembahan berhala di sekeliling kaabah,jahiliyah moden pula datang seperti berhala yang berada di dlm jiwa.Mereka mngatakan beriman kepada Allah tetapi hakikatnya mereka mnyekutukan Allah.Mereka mnyembah berhala yang bersarang di hati.

Saudara,
Kuatkan jiwa untuk menghadapi ujian ini.

by,aril




No comments:

Post a Comment